Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Serangan terbaru pengganas terhadap Syiah di Pakistan kelmarin telah mengakibatkan 115 orang terbunuh manakala lebih 200 yang lain cedera, di Quetta.Menurut jurucakap polis Mir Zubair Mahmud, pengganas meletupkan dirinya sendiri di tengah-tengah masyarakat Syiah. Kira-kira 10 minit setelah ketibaan pihak polis, pasukan perubatan dan wartawan, sebuah kereta yang di pasang bom telah meledak berhadapan dengan sebuah bangunan.Serangan kedua ini menyebabkan kematian sembilan anggota polis, tiga wartawan dan sebahagian besar pasukan perubatan. Beberapa buah kedai berhampiran rosak teruk di samping empat buah ambulan musnah.Dalam serangan yang lain, pengganas meledakkan bom dalam perhimpunan masyarakat Syiah di Barat Laut Pakistan sehingga menyebabkan 22 orang terbunuh dan 80 cedera. Pihak polis menganggarkan bom tersebut seberat 5 kilogram.Sejurus setealh itu, kumpulan pengganas Wahabi Lashkar-e-Jhangvi mengaku bertanggungjawab dalam serangan di Quetta. Petubuhan Human Rights Watch sebaliknya mendedahkan bahawa keganasan terhadap masyarakat Syiah semakin menjadi-jadi akibat sikap kerajaan Pakistan yang enggan bertindak serius memerangi pengganas.
10 Januari 2013 - 20:30
News ID: 380748
115 orang terbunuh manakala lebih 200 yang lain cedera, termasuk polis, wartawan dan pasukan perubatan.